Band Khalifah Trending di YouTube: Versi Rock ‘Gadis dan Bunga’ Curi Perhatian

Screenshot
Ada Apa Dengan Melly..? PROM NITE

Kumpulan rock Khalifah kembali mencuri tumpuan dengan lagu terbaharu mereka, “Gadis dan Bunga”, yang merupakan olahan semula daripada lagu asal nyanyian Rahimah Rahim. Dengan sentuhan rock ala Khalifah, lagu ini tampil lebih segar dan energetik, menarik perhatian para peminat muzik rock di seluruh negara.

Dalam versi baharu ini, Khalifah mempersembahkan vokal mantap Faisal Ahmad yang berjaya mengekalkan identiti rock yang sinonim dengan kumpulan tersebut. Kombinasi suara Faisal dan gubahan muzik berjiwa rock membuatkan lagu ini lebih dinamik dan penuh semangat.

Khalifah kini terus melangkah dengan formasi terkini mereka yang terdiri daripada Apak, Moy, Tony, dan Dino. Apak akan mengambil peranan sebagai penyanyi utama sementara sambil turut bekerjasama dengan penyanyi featuring seperti Damak (Azmi Rockanova) dan beberapa artis lain untuk lagu-lagu tertentu.

Tidak hanya berhenti di situ, Khalifah juga bakal melancarkan beberapa single terbaharu dalam masa terdekat. Proses rakaman telah selesai dan dijangka akan dilancarkan pada awal bulan Jun 2025. Para peminat sudah pasti tidak sabar menantikan karya-karya terbaharu daripada kumpulan rock legenda ini.

Semoga Khalifah terus maju jaya dalam industri muzik dan terus mengibarkan bendera rock untuk negara!