Akak berbaju & tudung olive green ‘ambil’ iPhone 13 Pro Max atas kaunter akhirnya tertangkap, dedah memang niat nak curi dan jual

SATU rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan kelakuan seorang wanita yang dilihat mengambil sebuah telefon bimbit jenama iPhone tersebar di laman sosial sejak petang semalam.

Melalui perkongsian pengguna laman Facebook @Fazrin ghazali, dia yang juga pemilik sebuah kedai di Melawati Mall dimana kejadian berlaku menjelaskan insiden itu berlaku selepas seorang pelanggan tertinggal telefon bimbitnya selepas membuat bayaran di kaunter.

“Ada seorang ‘customer; ni dia beli barang di kedai saya, bila buat bayaran dia letak telefon bimbit atas meja ‘cashier tu’. Apabila selesai membuat bayaran, dia terus berlalu pergi dan jadi tertinggal telefon bimbitnya dia atas meja ‘cashier’.

“Kemudian ada seorang pelanggan yang datang bersama keluarganya, kemudian berlakulah kejadian seperti rakaman CCTV tersebut.

Fazrin juga berkata dia bersama pekerja telah menyemak rakaman tersebut selepas pemilik telefon bimbit berkenaan datang kembali ke kedai.

Pihak polis juga telah hadir ke kedai untuk melakukan siasatan.

“Pekerja saya memang tak perasan ada iPhone di situ kerana sibuk melayan pelanggan. Jadi tak lama kemudian. pemilik telefon bimbit berkenaan datang ke kedai untuk bertanya jika dia tercicir telefonnya. Jadi kami bantu ‘owner’ telefon bimbit untuk semak CCTV kedai dan juga ke ‘management building’ utk access CCTV ‘mall’.

“Pemilik juga buat laporan polis dan polis sudah datang ke kedai untuk lakukan siasatan.

Perkongsian terbaharu pemilik telefon bimbit yang dicuri.


Dalam pada itu, dalam perkongsian terbaharu pemilik telefon bimbit berkenaan di laman Instagram @nalissaazmee, dia menjelaskan telefon bimbitnya telah berjaya ditemui semula pada pukul 3.30 pagi tadi.

Suspek juga berjaya ditahan dengan bantuan pihak polis.

“Dengan kuasa media sosial, saya dan suami bersama lima anggota polis telah berjaya menangkap pencuri pada pukul 3.30 pagi.

“Kenyataan yang diberikan memang berunsur curi, malah dia telah telah meminta maaf dan mengaku mencuri dengan niat untuk menjual telefon bimbit itu,” jelasnya di Instastory.

Dia turut menyampaikan penghargaan dan rasa terima kasih kepada semua yang membantu sehingga telefon bimbit miliknya ditemui semula.