KISAH duka seorang wanita mendapat perhatian ramai apabila suaminya tertangkap sedang bermesraan dengan wanita lain di dalam rumah.
Lebih menyayat hati, wanita itu adalah adik kandungnya sendiri.
Menerusi laman perkongsian di laman TikToknya, wanita yang berasal dari Indonesia itu berkata dia berasa amat kecewa apabila mengetahui orang ketiga dalam rumah tangganya adalah individu dalam keluarganya sendiri
“Saya tidak mahu menghina adik saya yang kini sudah menjadi perampas suami orang kerana itu sangat menjatuhkan maruahnya.
“Mungkin mereka sudah saling sayang menyayangi,” luah wanita itu yang berkongsi foto sewaktu majlis perkahwinannya.
Tambah wanita itu, adiknya bersikap tidak tahu malu dan tiada perasaan bersalah apabila secara terang-terangan mengirim mesej mesra buat suaminya di laman Facebook.
“Hati saya kecewa kerana orang ketiga bukan orang lain tetapi adik sendiri.
“Suami pula melayannya dan memberi amaran agar tidak menceritakan hubungan ini kepada sesiapa,” jelasnya.
Namun apa yang lebih mengejutkan ialah suami wanita malang itu dikatakan merupakan bekas kekasih adiknya dan mereka pernah bercinta selama dua tahun.
Bagaimanapun selepas video luahan hati ini mendapat tontonan lebih 20 juta, si adik membuat permohonan maaf dan memohon agar kakaknya memadamkan status tersebut.
Sumber: Kosmo