Adibah Noor meninggal dunia, hidap kanser ovari

SELEBRITI versatil, Adibah Noor dikhabarkan telah menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira pukul 7.40 petang tadi.

Khabar duka itu disahkan oleh rakan artis, Datin Emylia Rosnaida yang juga isteri kepada Datuk AC Mizal.

“Ya, betul arwah baru sahaja meninggal dunia di Hospital Gleneagles sebentar tadi,” katanya kepada Boom!.

Memetik laporan Boom! lagi, Finalis Gegar Vaganza musim kelapan dikatakan meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.

Allahyarham, 51, dikatakan telah lama menderita penyakit penyakit kanser ovari.

Jenazah dikatakan amsih berada di hospital ketika laporan ini ditulis.

Perkembangan lanjut menyusul.

Sumber: Boom!