Home Berita Semasa ‘Tak mengapa, Hadi saja yang kuat….’ – PM

‘Tak mengapa, Hadi saja yang kuat….’ – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyindir Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, yang mendakwa parti-parti Melayu dalam Kerajaan Perpaduan lemah. Anwar secara sinis berkata, “Tidak mengapa, dia (Abdul Hadi) seorang sahaja yang kuat,” ketika ditanya mengenai ucapan Abdul Hadi selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Iman Kampung Desa Putra, Kajang.

Ucapan Abdul Hadi di Muktamar Dewan Pemuda PAS di Pahang mendakwa parti Melayu dalam Kerajaan Perpaduan tidak mampu menangani isu dengan rakan bukan Islam, terutama mengenai sijil halal. Beliau mengatakan, parti-parti yang berlandaskan Melayu dan Islam dalam kerajaan gagal mempertahankan kesucian agama Islam daripada campur tangan masyarakat bukan Islam.

Abdul Hadi juga menyeru parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan untuk tidak terus menyokong pemimpin bukan Islam yang mempertikaikan isu agama rasmi negara.

Sebelum itu, Perdana Menteri bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, menunaikan solat bersama sekitar 1,000 jemaah di masjid tersebut. Anwar yang memakai baju Melayu biru turut mendengar khutbah bertajuk “Mencintai Rasulullah SAW” oleh Ustaz Bilal Kamarudin. Selepas solat, Anwar meluangkan masa bersalaman dan beramah mesra dengan para jemaah.

Exit mobile version