Misteri! Dah 2 tahun tak balik rumah, tapi hari-hari jiran mengadu bunyi TV kuat tiap malam

BAYANGKAN jika anda ada jiran yang suka menonton televisyen dengan volume yang kuat di tengah malam hingga mengganggu tidur anda. Mesti geram kan?

Keesokannya, anda pun meninggalkan nota meminta ‘mereka’ memperlahankan televisyen, namun seakan tidak diendahkan kerana perkara sama berulang lagi selepas 12 tengah malam.

Lantas, anda pun menghubungi sendiri tuan rumah dan meminta mereka agar berpesan kepada sesiapa sahaja yang tinggal di sana untuk memperlahankan nada televisyen. Namun reaksi tuan rumah mengejutkan anda.

Cicipan Fatin di Twitter.

Seram bukan? Kongsi Fatin Shafira, rumah mereka sudah dua tahun tidak diduduki mereka sekeluarga. Hasil kunjungan ke rumah tersebut, mereka mendapati tiada tanda-tanda rumah tersebut dipecah masuk dan rumah dalam keadaan yang berhabuk.

Malah, setelah mereka menukar kunci, masih kedengaran bunyi gangguan dari rumah tersebut. Berikut adalah perkongsiannya.

Nota-nota yang ditinggalkan jiran.

“Jadi kami masuk ke dalam dan tak ada tanda-tanda orang masuk, gunakan barang di dalam rumah, tiada kesan tapak kaki (rumah sangat berhabuk), plug tidak digunakan.

“Dia kata dengar orang pam tandas dan mandi. Jadi kami tunjuk bilik air. Betul-betul kering dan kami sudah lama potong air dan api.

Fatin menjelaskan tiada tanda-tanda rumahnya diceroboh masuk.

“Jiran yang sama mesej pagi ni, cakap bunyi televisyen dan pendingin hawa dibuka malam tadi. Kami tak boleh ke sana tengah malam sebab PKPB. Betul-betul dah tukar kunci, tutup elektrik. Adakah dari unit lain? Jangan biarkan hidup diselubungi misteri,” tulis Fatin.

Tambah Fatin lagi, mereka sudah lama tidak duduk di rumah itu dan pernah merancang untuk menyewakannya. Pun begitu, rancangan itu terpaksa ditangguhkan sehingga rumah berkenaan dibaikpulih.

Sumber: Sikapkeli