YouTuber Kelantan didakwa cabul direman dua hari

SEORANG YouTuber berusia 22 tahun direman dua hari bagi membantu siasatan dakwaan cabul terhadap seorang wanita berusia 24 tahun.

Perintah reman yang bermula hari ini sehingga esok itu dikeluarkan oleh majistret Kamarul Hasyime Rosli hari ini.

Terdahulu suspek berusia 22 tahun tiba di Mahkamah Majistret Kota Bharu kira-kira 10.35 pagi tadi dengan diiringi polis.

Siasatan terhadap YouTuber yang juga penerbit dan pengarah drama itu dibuat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu.

Sebelum ini, media melaporkan, satu laporan polis dibuat oleh mangsa terhadap suspek yang beralamat di Kuantan, Pahang itu pada Jumaat lalu berhubung dakwaan dicabul lelaki terbabit.

Insiden itu berlaku selepas sesi penggambaran sebuah drama arahan suspek pada pagi 2 Ogos lalu di sebuah inap desa di Kubang Kerian, di sini.

Laporan itu menyatakan suspek bertindak mencium, memeluk serta meraba bahagian dada dan kemaluan mangsa yang juga pelakon drama itu sebelum melakukan onani ketika mangsa berseorangan dalam sebuah bilik tidur di tempat kejadian.

Suspek tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu pagi semalam sebelum ditahan bagi siasatan lanjut.

Sumber: Berita Harian