Cukup menyedihkan dan menakutkan sebenarnya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengeluarkan kenyataan kes yang melibatkan seorang kanak-kanak di Sabah yang disahkan dijangkiti virus polio.
Virus yang sepatutnya pupus sejak 27 tahun lalu di Malaysia kini kembali memberi mimpi buruk kepada ibu bapa di Negara ini.
Menurut kenyataan ini lagi pada mulanya bayi tersebut mengalami demam diikuti dengan lemah anggota badan dan telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi di hospital.
“Hasil ujian pengesahan yang dijalankan oleh World Health Organization (WHO) Polio Regional Laboratory di Australia, virus tersebut mempunyai perkaitan genetik dengan virus polio yang dikesan pada kes Acute Flaccid Paralysis (AFP) di negara Filipina,” antara petikan kenyataan.
Sementara itu melalui komen yang ditinggalkan pengguna laman sosial, ramai yang percaya kebanjiran Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) menjadi antara sebab virus ini kembali ke Negara ini. Malah sesetengah pula melihat kumpulan akti vaksin juga turut menyumbang kepada permasalahan ini.
Namun walau apa juga puncanya kini, Negara kita akan kembali berhadapan dengan virus berbahaya ini. Semoga ada jalan terbaik untuk tidak membiarkan virus ini kembali merebak.