Pesawat tentera terhempas, 17 terkorban

SERAMAI 17 individu dilaporkan terkorban dalam insiden pesawat tentera Filipina yang terhempas membawa muatan seramai 85 penumpang.

Menurut laporan media antarabangsa, 40 mangsa bagaimanapun berjaya diselamatkan dan sedang menerima rawatan.

Menurut Menteri Pertahanan Filipina, Delfin Lorenzana berkata, kejadian yang berlaku pada jam 11.30 pagi waktu tempatan itu melibatkan pesawat tentera jenis
C-130.

Kejadian difahamkan berlaku berpunca akibat terbabas dari landasan dan gagal mengawal keadaan mengakibatkan pesawat itu terhempas di sebuah perkampungan di sekitar wilayah Sulu.

Keadaan pesawat yang terhempas.

Pesawat yang membawa angkatan tentera itu sebahagian besarnya baru sahaja tamat latihan dan sedang dibawa ke kawasan yang sedang berdepan pergolakan bagi memerangi keganasan.

Bagaimanapun pihak berkuasa masih belum mengesahkan jumlah keseluruhan anak kalap yang berada di dalam pesawat berkenaan.

Pesawat C-130 merupakan pesawat tentera yang sering kali membawa kapasiti atau muatan besar bagi tujuan misi kemanusiaan seperti bencana dan sebagainya.