TIDAK lama lagi, pengguna Twitter boleh menikmati panggilan audio dan video seperti media sosial lain.
Pemilik Twitter, Elon Musk mengumumkan perkara itu semalam berkata, teknologi itu akan ditawarkan di Twitter, kelak dalam laporan Harian Metro.
“Tidak lama lagi anda boleh bersembang suara dan video kepada sesiapa saja di platform ini.
“Jadi anda boleh bercakap dengan orang lain di mana-mana saja di dunia tanpa perlu memberi nombor telefon anda,” katanya dalam Twitter.
Musk berkata, perkhidmatan mesej WhatsApp yang dikendalikan Meta tidak boleh dipercayai.
“Ciri pemesejan di Twitter akan bersaing dengan pelbagai perkhidmatan percuma termasuk Messenger, Signal, Telegram dan Whatsapp,
“Pada Rabu, Twitter akan mula menyulitkan mesej langsung pada platform sekali gus berebut kandungan untuk melindungi privasi,” katanya.
Sejak membeli Twitter dengan nilai AS$44 bilion (kira-kira RM195 bilion) penghujung tahun lalu, Musk melaksanakan perubahan dalam cara impulsif, kadangkala menyebabkan kekacauan bagi pengguna.
Beliau bercakap secara terbuka tentang membina aplikasi X serba guna yang menggabungkan mesej, pembayaran dan banyak lagi.
Musk baru-baru ini juga menjadikan firma teknologi itu sebagai sebahagian daripada ‘syarikat shell’ X, menyingkirkan nama syarikat Twitter, tetapi terus menggunakannya untuk perkhidmatan itu.
Sumber gambar – MARCA | Sumber laporan – Harian Metro