Tidak boleh kita nafikan antara masalah biasa yang dialami cikgu-cikgu kita di sekolah adalah kegagalan murid untuk hadir ke sekolah.
Dalam menangani masalah tersebut sebuah sekolah di Tanjung Sepat, Selangor baru-baru ini mengadakan cabutan bertuah untuk pelajar yang mempunyai kehadiran 100%.
Program yang dinamakan Program Ponteng Sifar (PROPONSIF) Kehadiran 100% itu ternyata unik dan mendapat pujian ramai.
Malah hadiahnya juga bukan calang-calang, apabila menjadikan sebuah motosikal sebagai ganjaran utama.
Menerusi perkongsian seorang murid sekolah tersebut yang mendapat perhatian warganet, dia menjelaskan ini adalah cara pihak sekolahnya memberi sokongan buat rakan-rakanya disekolah untuk hadir ke sekolah.
Selain motosikal, antara hadiah lain yang turut menjadi pertaruhan adalah tiket penerbangan dan percutian ke Langkawi, sebuah televisyen dan barangan persekolahan.