Ardell Aryana bukan lagi nama asing dalam industri hiburan, selepas desas-desus dengan kontroversi, kini dia terus bangkit dalam bidang perniagaan pula lantas menjadi rakan kongsi bersama Hairy Mary.
Tambah Ardell, dia turut berkata bahawa peluang ini merupakan batu loncatan usaha sama bersama bapa saudaranya dan pengasas Hairy Mary, Dr Por Yan Shen.
Semasa ditemu bual, Adell mengulas lebih lanjut mengenai tercetusnya ideanya dalam menubuhkan cawangannya yang ketiga.
“Ya bapa saudara saya mula mencetuskan idea untuk memulakan pusat penanggal bulu sejak empat tahun yang lalu. Beliau sedar yang sebenarnya bahawa tidak banyak pusat seumpama di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan terbaik dan profesional.
“Selain daripada itu permintaan untuk rawatan tersebut di kalangan masyarakat kita juga semakin meningkat. Sejak itu, beliau berusaha mencari teknologi dan rawatan yang paling sesuai serta efektif untuk menanggalkan bulu.
Hairy Mary diasaskan oleh Dr Por Yan Sheng sejak 10 October 2018 dengan cawangan pertamanya di Subang Jaya, One City.
Dr Por yang juga merupakan pakar estetik memulakan kerjayanya sejak lima tahun dahulu dengan membuka YS Clinik yang memberi perkhidmatan seperti pico laser, rawatan pigmen, membuang parut dan lain lain.
Lantas, Belum genap setahun, Hairy Mary sudah membuka tiga cawangan termasuk di mid valley dan baru baru ini dengan cawangan ketiga di publika Hartamas yang baru sahaja di lancarakan hari ini.
Bagaimanapun, Ardell mengharapkan agar usaha sama rakan kongsi ini dapat berkembang secara sihat. Turut mendapat sokongan dari orang luar yang berminat untuk melakukan rawatan di Hairy Mary.