GENKRU Malam Ketiga PECAH Hampir Sold out – Peminat inginkan Malam Keempat!

Ada Apa Dengan Melly..? PROM NITE

Fenomena GENKRU nyata belum reda. Selepas dua malam penuh kehangatan dan sorakan, malam ketiga konsert genKRU kumpulan legenda KRU di Axiata Arena, Bukit Jalil hampir sold out. Hanya sedikit kursi tersedia lagi.

Hujan renyai pada petang Sabtu langsung tidak mematahkan semangat ribuan peminat yang terus membanjiri arena. Jelas, nostalgia dan cinta terhadap muzik 90-an serta awal 2000-an masih mengalir deras dalam jiwa rakyat Malaysia.

Desakan Malam Keempat: Tular di TikTok & Twitter

Media sosial kini dibanjiri video persembahan, reaksi penonton dan luahan peminat yang kecewa kerana terlepas peluang membeli tiket. Ramai hanya menyedari kehangatan GENKRU selepas melihat video tular dari malam pertama dan kedua.

Ribuan desakan membanjiri ruang komen mahukan satu malam tambahan. Tarikh yang dicadangkan ramai? Ahad malam, 11 Mei 2025.

“Buat la malam keempat, kami sanggup repeat!” – TikTok

“Saya baru tahu vibe konsert ni padu gila. Harap ada satu malam lagi, please!” – X (Twitter)

Persembahan Kelas Dunia, Nostalgia Tak Terganti

Setiap malam, penonton disajikan dengan seleksi lagu ikonik seperti Fanatik, Awas, Ohh La La, Apa Saja, dan Bila Bintang Berpesta — lengkap dengan kemunculan mengejut artis-artis jemputan yang terus menjadi buah mulut ramai.

Tidak hairanlah jika permintaan untuk malam keempat terus meningkat. GENKRU bukan sekadar konsert ia adalah sebuah pengalaman muzik, momen penyatuan generasi, dan bukti bahawa KRU masih kekal relevan di pentas hiburan tanah air.