Dua gempa bumi menggegarkan Bandung, Jawa Barat pada Rabu menjejaskan tiga keluarga dan menyebabkan tiga rumah rosak selain dua masjid, tiga sekolah serta sebuah pusat kesihatan.
Jurucakap Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB) Abdul Muhairi menggesa penduduk supaya kekal berwaspada dengan gegaran susulan dan menasihatkan mereka menjauhi bangunan yang menunjukkan tanda-tanda kerosakan akibat gempa sebelum ini.
“Agensi pengurusan bencana Bandung sedang memantau dan menilai secara aktif kawasan yang terjejas akibat gempa bumi,” menurutnya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG) berkata gempa bumi pertama berukuran 4.2 pada skala Richter melanda pada 10.06 pagi waktu tempatan, kira-kira 20 kilometer tenggara Bandung pada kedalaman empat kilometer.
“Walaupun gegaran berlaku hanya dua hingga tiga saat, penduduk dapat merasai kesannya,” kata Abdul Muhairi.
Gempa bumi kedua dengan magnitud 4.2 pula berlaku di laut, kira-kira 93 kilometer barat daya Bandung pada 10.35 malam pada hari yang sama.
Ia melanda pada kedalaman 24 kilometer dan menjejaskan lima kampung di Pangalengan, selain sebuah kampung masing-masing di Kertasar dan Banjaran.
@indragihon695♬ suara asli – Indra Gihon
@spilproduk726 gempa terasa sampai bandung #gempa #gempasusulan #gempakviral #gempahariini #fyp #xyzbca ♬ Kamu Dan Kenangan – Shanna Shannon
BERNAMA