PENUMPANG dan anak kapal sebuah pesawat Airbus 321, Asiana Airlines berdepan detik cemas selepas salah seorang penumpang bertindak membuka pintu kecemasan pesawat itu sebelum mendarat di Daegu, Korea Selatan pada tengahari Jumaat.
Menurut jurucakap syarikat penerbangan itu, kejadian berlaku ketika pesawat membawa 194 penumpang dan enam anak kapal itu berada pada ketinggian 700 kaki dan kira-kira dua minit sebelum mendarat.
Sejurus mendarat, penumpang berusia 30-an itu berjaya ditahan pihak berkuasa.
Menurut portal tempatan, 12 penumpang dilaporkan mengalami kecederaan ringan akibat hiperventilasi, sembilan daripadanya dihantar ke Hospital Daegu untuk rawatan lanjut.
Pesawat berkenaan berlepas dari Pulau Jeju ke Daegu dan ketika pintu kecemasan terbuka, pesawat terbabit dipercayai terbang pada kadar 334 kilometer sejam.
Sumber gambar – Reuters Yunhap | Sumber laporan – Astro Awani