JABATAN Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di enam negeri termasuk beberapa daerah di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
MetMalaysia dalam laporannya berkata, cuaca buruk itu dijangka berlaku sehingga pukul 5 petang.
“Di Kedah membabitkan Baling, Kulim dan Bandar Baharu manakala di Perak melibatkan Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.
“Di Selangor melibatkan Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat dan Sepang serta amaran dikeluarkan di seluruh kawasan Kuala Lumpur dan Putrajaya,” katanya.
Tambahnya lagi, amaran yang sama turut dikeluarkan di Negeri Sembilan yang hanya tertumpu di Seremban.
“Di Sarawak pula membabitkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Betong (Pusa dan Betong), Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Bintulu (Bintulu dan Sebauh) dan Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi).
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter (mm) sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam dan sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” ujarnya.
Semalam, hujan lebat luar biasa yang berlarutan dalam tempoh dua jam mengakibatkan berlakunya banjir kilat di ibu negara serta beberapa kawasan di Lembah Klang.