SELEPAS sekian lama dinantikan, pengguna peranti Apple di Malaysia kini boleh menggunakan kaedah pembayaran Apple Pay yang telah diaktifkan bermula hari ini.
Bagaimanapun, tidak semua penyedia sistem perbankan menyokong pembayaran Apple Pay setakat ini.
Antara bank yang telah menyokong perkhidmatan kaedah pembayaran ini adalah Maybank, Ambank dan Standart Charted.
Bank lain dijangka akan menyokong kaedah pembayaran ini dalam masa terdekat.
Apple Pay merupakan satu kaedah di mana pengguna tidak lagi perlu lagi mengimbas atau leretkan kad semasa membuat bayaran, sebaliknya hanya perlu letakkan iPhone, Apple Watch anda pada terminal pembayaran.
Pastinya kaedah ini lebih memudahkan pengguna yang tidak lagi perlu mengeluarkan kad bank daripada dompet untuk membuat pembayaran. Memang mudah!
Pengguna boleh mengaktifkan kad masing-masing dalam tetapan ‘Wallet’ dalam peranti Apple masing-masing.
Hasil tinjauan The News di beberapa ‘group’ Facebook pengguna Apple, ada juga beberapa pengguna yang berjaya memasukkan kad keahlian sebuah pusat perabot terkenal ke dalam sistem ‘Wallet’ mereka.