PESILAT muda negara, Norsyakirah Muksin meraikan kejayaan meraih pingat emas pencak silat acara tanding bawah 45kg di Pusat Konvensyen Chroy Changvar sebentar tadi.
Norsyakirah berjaya menewaskan wakil Indonesia, Suci Wulandri dengan pungutan mata 36-33 pada aksi final sekali gus meraih pingat emas ke-16 kontinjen Malaysia, lapor Sinar Harian.
Sementara itu, seorang lagi pesilat negara, Nor Farah Mazlan sumbang satu lagi emas buat silat negara apabila memenangi perlawanan akhir Tarung A 45kg-50kg.
Nor Farah menewaskan wakil dari Singapura, Nadhrah Sahrin dari Singapura selepas wasit memutuskan untuk menamatkan perlawanan pada mata 23-16, selepas pesilat Singapura melakukan kesalahan berat sebanyak tiga kali.
Sumber gambar & laporan – Kosmo!