Doha – Stesen penyiaran sukan Qatar Alkass hari ini membuat pengumuman mengejutkan mengenai bintang bola sepak Mesir dan pemain sayap Liverpool Mohamed Salah yang memberi bayangan sedia berpindah ke Arab Saudi.
Laporan media menyebut kelab Liga Pro Saudi Al Ittihad mahu Salah menyertai mereka pada musim panas 2023 dengan kontrak dua tahun.
Menurut Alkass dalam akaun Twitternya: “Pemain antarabangsa Mesir Mohamed Salah memberikan lampu hijau kepada Al Ittihad untuk berunding dengan Liverpool, jadi Salah boleh menyertai pasukan Al-Ittihad pada jendela perpindahan musim panas.”
Laporan terbaru itu mencetuskan persoalan sama ada ia ada kaitan dengan insiden Salah tidak puas hati dengan jurulatihnya Jurgen Klopp ketika Liverpool seri 1-1 menentang Chelsea dalam aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris semalam.
Salah digantikan pada minit ke-77 bagi memberi laluan kepada Ben Doak sekaligus mencetuskan rasa tidak puas hati Salah yang melemparkan balutan di tangannya ketika keluar padang dan langsung tidak bersalaman dengan Klopp.
Sumber : Harian Metro