NEGARA sepatutnya memperoleh pingat emas kedua selepas Atlet Paralimpik Negara, Muhammad Ziyad Zolkefli diumumkan memecah rekod dunia menerusi acara lontar peluru di Tokyo.
Bagaimanapun, pingat emas itu dibatalkan dia dikatakan lewat masuki ‘call room’ sebelum pertandingan dimulakan.
Keputusan itu menyebabkan pingat emas secara rasmi diberikan kepada atlet Ukraine, Maksym Koval, yang turut mempertikai kejayaan Ziyad.
Sebelum itu, keputusan tidak rasmi mendapati Ziyad turut memecahkan rekod dunia pada acara akhir lontar peluru F-20, menerusi lontaran ketiganya, dengan catatan 17.94 meter.
Keputusan itu mengundang kecaman hebat netizen sebaik sahaja ia diumumkan.
Sementara itu, Menteri Belia Dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memaklumkan, perkara tersebut akan dibawa ke dalam perbincangan ke peringkat CDM esok.
Beliau menyifatkan negara masih mempunyai harapan untuk merampas semula emas berikutan bantahan Ukraine yang dikatakan lemah.