SEORANG penyokong Liverpool yang mengeluarkan sepanduk dengan gambar pemain, Divock Origi yang disunting dengan aksi keterlaluan, sehingga dipanggil polis dan disiasat oleh kelab itu.
Larangan sementara turut dikenakan ke atas penyokong berkenaan, bagaimanapun ia kemudian ditarik semula selepas satu persetujuan bersama dilakukan.
Dia kini dibenarkan menonton semua perlawanan membabitkan Liverpool, selepas bersetuju menjalani kursus pendidikan bersama badan di bawah kelab itu, Kick It Out.
Penyokong itu juga menghadiri sesi program kemasyarakatan kelab itu sebagai salah satu jalan penyelesaian.
Terdahulu, Liverpool mengutuk tindakan tidak bertanggungjawab menyunting gambar Origi pada sebuah sepanduk semasa perlawanan Liga Juara-Juara di Genk, Belgium pada bulan lalu.
Bagaimanapun, insiden itu tidak dilaporkan kepada perwakilan perlawanan UEFA, menyebabkan tiada prosiding tatatertib yang dikenakan oleh badan bola sepak Eropah itu.
Penyokong Liverpool dilihat menggantung sepanduk Origi dalam keadaan berbogel, bersebelahan dengan trofi Liga Juara-Juara.
Beberapa pemain kulit hitam pernah mengalami kejadian seumpama itu seperti Romelu Lukaku dan pemain tengah Aston Villa, Marvelous Nakamba.
Sumber – Daily Star