Mendebarkan! Perenang AS pengsan ketika pertandingan lalu jatuh ke dasar kolam, ‘lifeguard’ hanya terkaku!

PERENANG Amerika Syarikat (AS), Anita Alvarez boleh dikatakan amat bertuah apabila berjaya diselamatkan jurulatihnya apabila dia secara tiba-tiba pengsan semasa sedang beraksi dalam kejohanan dunia yang berlangsung di Budapest pada Rabu.

Alvarez, 25, pengsan secara tiba-tiba semasa berada di dalam air ketika acara gaya bebas solo wanita sedang berlangsung sehingga menyebabkan dia terus menjunam ke dasar kolam renang.

Jurulatihnya, Andrea Fuentes, pantas terjun ke dalam air untuk menyelamatkan anak buahnya itu apabila penyelamat dikatakan terkaku dan tidak mengambil keputusan pantas untuk menyelamatkan Alvarez.

Alvarez bagaimanapun kembali sedar sebaik sahaja dinaikkan Fuentes.

Dia turut menerima bantuan kecemasa selepas itu.

Ini merupakan kejadian kedua Alvarez pengsan semasa pertandingan dan diselamatkan jurulatihnya, kejadian terdahulu berlaku semasa kelayakan Olimpik di Barcelona.

“Ia merupakan satu ketakutan yang besar, saya terpaksa terus melompat ke dalam kolam kerana ‘lifeguars’ tidak berbuat apa-apa.

“Saya ketakutan apabila melihat dia (Alvarez) tidak bernafas ketika kejadian berlaku, namun syukur keadaannya kembali stabil,” kata Fuentes kepada pemberita.

Gambar kejadian yang dianggap dramatik turut tular di laman sosial.

Sumber: Dailymail.co.uk