Logan Paul sah sertai WWE, kongsi detik tandatangan kontrak

BINTANG laman sosial Amerika Syarikat, Logan Paul, mengesahkan dia kini menyertai World Wrestling Entertainment (WWE) secara rasmi.

Melalui perkongsian di laman Twitter dan Instagram miliknya, dia menjelaskan sudah menandatangani kontrak bersama syarikat gergasi gusti berpangkalan di Stamford, Connecticut itu.

Logan yang berusia 27 tahun sebelum muncul di WrestleMania 37 sebagai tetamu istimewa pada tahun lalu.

Atlet ini kemudian membuat penampilan sulung dalam gelanggang pada April lalu.

Dia dikatakan mengikat kontrak selama setahun bersama WWE.

Paul Levesque, ketua Strategi dan Pembangunan Bakat Global WWE, berkata “Saya rasa selamat untuk mengatakan Logan Paul mengejutkan dunia dengan kebolehannya sebagai tetamu di WrestleMania.

“Bayangkan apa yang dia akan lakukan sebagai Superstar WWE. Tahniah dan selamat datang!”

Sebelum ini, Paul pernah berkongsi gelanggang gusti dengan Floyd Mayweather sebelum berpindah di WWE dan bertahan lapan pusingan penuh, tanpa pemenang diumumkan.

Adik lelakinya pula iaitu Jake Paul, telah berjaya dalam sukan gusti dan dijadualkan menentang Tommy Fury pada 6 Ogos.

Sumber: Astro AWANI