ATLET terjun negara, Nur Dhabitah Sabri berjaya memperoleh kedudukan ke-4 menerusi pusingan akhir acara 3 meter papan anjal perseorangan wanita Olimpik Tokyo 2020.
Secara keseluruhan, Dhabitah berjaya meraih 326.15 mata menerusi lima terjunan daripada keseluruhan 12 atlet yang berentap di pusingan akhir.
Sebelum ini, Dhabitah berjaya mengumpul sebanyak 291.60 mata sekaligus melayakkan dirinya untuk mara ke pusingan akhir bagi mencari peluang memperoleh pingat.
Terdahulu, Dhabitah menyempurnakan kesemua pusingan terjunan dengan kutipan mata 63.00, 66.65, 61.50, 67.50 dan 67.50.
Setakat ini, pencapaian Dhabitah dikatakan antara yang terbaik dalam mewakili skuad kontinjen negara di sukan Olimpik 2020.
Perjuangan atlet negara berusia 22 tahun di Tokyo itu merupakan kali keduanya setelah menduduki tempat ke-9 dalam acara papan anjal 10 meter perseorangan wanita.
Sementara itu, China berjaya mempertahankan emas menerusi terjunan Shi Tingmao yang sebelum ini menang pada 2016 di Rio de Janeiro pada 2016 dengan kutipan mata sebanyak 383.50 mata.
Manakala rakan sepasukan, Wang Han memperoleh perak dengan jumlah kutipan mata sebanyak 348.75.
Bagi pingat gangsa, ia berjaya dirangkul atlet daripada Amerika Syarikat, Krysta Palmer dengan 343.75 mata.
Apa yang penting, tumpuan sudah pasti selepas ini terhadap dua lagi atlet negara, Pandalela Rinong serta Cheong Jun Hoong bagi berjuang memperoleh pingat dalam acara 10 meter papan anjal perseorangan wanita pada Rabu nanti.