PENGURUS Liverpool, Jurgen Klopp kagum dengan tahap permainan dipamerkan anak-anak buahnya di permulaan musim dalam misi mempertahankan kejuaraan Liga Perdana England selepas bangkit daripada ketinggalan lalu menewaskan Arsenal 3-1 di Anfield awal pagi tadi.
Gol-gol yang dicetak Sadio Mane, Andy Robertson dan pemain baharu, Diogo Jota jelas menghentikan rentak The Gunners, yang sebelum ini turut memenangi dua perlawanan pembukaan awal liga musim ini.
Tatkala nama-nama pasukan besar seperti Manchester City, Chelsea, Manchester United, Tottenham Hotspur dan terkini Arsenal kesemuanya sudah tewas dalam tempoh tiga minggu pembukaan kempen musim baharu, The Reds kekal unggul mengutip sembilan mata maksimum selepas tiga perlawanan.
“Nak habaq lagu mana lagi. Baru awal season weih, ni semua memang wow. Wow, tu jaa aku nak habaq.
“Start second half, team memang cukup baguih control game.
“Memang sempoiiii baq hang. Kami dok hati-hati risau Arsenal dok counter attack, tapi kami memang main serupa champion. Cengginiiii weih,” kata Klopp.
Keputusan perlawanan pasti berbeza jika Mane dibuang padang apabila hanya dilayangkan kad kuning selepas menyiku Kieran Tierney seawal minit ketiga permainan.
Arsenal mengikut perancangan permainan mereka yang menyaksikan dua kemenangan mengatasi Liverpool beberapa bulan kebelakangan ini ketika pasukan itu banyak bertahan dan menyerang balas ketika The Reds menguasai bola.
Rakan sejawatan Klopp di Arsenal, Mikel Arteta juga tidak terlalu kecewa dengan kekalahan itu.
“Standard kedua-dua team memang berbeza baq hang. Hang memang kena pulun perabih kaw-kaw kalau nak kasik sama level dengan depa.
“Kami baru nak ligan balik dalam beberapa bulan ni sedangkan depa memang dah cukup solid sejak lima season lepaih.
“Sayup lagi weih, banyak benda kami nak kena repair. Musim pon masih panjang,” jelas Arteta. – Agensi
Sumber: Harian Metro