JURGEN Klopp mengakui, dia tiada jawapan mengapa Liverpool gagal menjaringkan gol dalam tiga perlawanan berturut-turut selepas seri 0-0 dengan Manchester United di Anfield awal pagi tadi, lapor Utusan Malaysia.
Penyandang juara Liga Perdana England itu berterima kasih kepada ketangkasan penjaga gol, Alisson untuk mengekalkan rekod tanpa kalah dalam 68 perlawanan di Anfield selepas pemain Brazil tersebut menafikan percubaan Bruno Fernandes dan Paul Pogba pada lewat permainan.
Skuad bimbingan Klopp kini gagal mencatat kemenangan dalam empat aksi liga berturut-turut dan jatuh ke tangga keempat selepas Manchester City menang besar 4-0 ke atas Crystal Palace awal pagi tadi.
“Macamano nak explain. Apo laie nak dikato. Kami sering melepaskan peluang, termasuklah dalam perlawanan yang kami menang. Kini kami ulang balik bondo yang samo.
“Kami perlu beraksi lobih baik untuk mendapatkan mato. Den ghaso kami sudah mempamer aksi terbaik bagi memenangi tiga mato penuh tapi gagal nak score gak nak buek macamano.
“Bondo cenggini memang berlaku dalam bola sepak. Memang ado situasi ekau tak boleh nak explain kenapo gagal nak score macam maso kami lakukan ketika bertemu Crystal Palace (menang 7-0).
“Ekau memang kono toghuih cipto peluang dan score, baru boleh sonyum lebar,” kata Klopp.
Liverpool menguasai separuh masa pertama sebelum United bangkit pada hujung permainan babak kedua, menyaksikan The Red Devils kekal gayat di singgahsana liga.
Nada kekecewaan yang sama turut dikongsi pengurus United, Ole Gunnar Solksjaer apabila anak buahnya gagal membawa pulang tiga mata berharga dari Anfield biarpun memiliki peluang keemasan menerusi percubaan Bruno Fernandes dan Paul Pogba.
“Siapo yang tak kecewa bilo main baguih tapi tak monang. Tapi den nak khobar memang ni perasaan yang baguih bilo kito kecewo, makno eh kito kono bagi yang lobih baik lopeh ni.
“Team Liverpool pun power, ramai laie player injured tapi diorang main macam tak ado apo bezo pun tadi. Kalau kito start main baguih macam hujung game, mano tahu kito tak frust cenggini,” jelas Solskjaer.
Sumber: Utusan Malaysia