Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Isnin, menetapkan prosiding kes lafaz cerai pengarah, Syamsul Yusof terhadap isterinya, Puteri Sarah pada 18 April ini.
Ketika prosiding sebutan kes di hadapan Hakim Syarie, Akmalludin Ilyas berhubung status Jawatankuasa Pendamai (JKP), peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Puteri Sarah, 38, berkata, Syamsul dan Puteri Sarah, telah mencapai persetujuan untuk membubarkan perkahwinan dengan cara baik serta aman, lapor Sinar Harian.
Bagaimanapun, terma-terma penyelesaian akan dimaklumkan pada tarikh tersebut, antaranya hadanah, nusyuz, mutaah, nafkah, eddah dan harta sepencarian.
Sumber gambar – OHBULAN! | Sumber laporan – Sinar Harian