PENGARAH, Syamsul Yusof, 39, menyangkal dakwaan Puteri Sarah, isteri pertamanya, bahawa dia melakukan pesetubuhan luar nikah sebelum berkahwin dengan isteri keduanya, Ira Kazar.
“Saya menafikan apa yang Puteri Sarah dakwa tentang saya dan Ira melakukan persetubuhan luar nikah. Kenyataan-kenyataan dikeluarkan itu tidak benar.
“Saya berkahwin dengan Ira secara sah pada 6 Januari lalu. Itu adalah tarikh kami bernikah. Alhamdulillah, perkahwinan kami pun sudah didaftarkan di sini (Malaysia) pada 20 Januari,” katanya ditemui pada sidang media khas diadakan di Wangsa 118, semalam.
Jelas Syamsul, kes membabitkannya dan Ira juga masih dalam siasatan Jawi di bawah Akta 559 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Di Bawah Seksyen 23; Persetubuhan Luar Nikah.
Sementara itu, Syamsul juga mendedahkan isteri keduanya, Faghirah Fatini Kazaruddin atau lebih dikenali sebagai Ira Kazar bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap Jawi juga.
Ira yang diwakili oleh peguamnya, Ammar Ghalip, kes itu masih belum selesai dan dalam siasatan lagi, lapor Harian Metro.
“Isu berkenaan masih disiasat dan terdapat perkara yang boleh dipersoalkan. Jadi, tindakan undang-undang telah pun diambil kepada Jawi. Ira akan saman Jawi. Minggu depan kami akan failkan saman,” katanya.
Sumber Gambar – Hot FM | Sumber Laporan – Harian Metro