Home Sensasi Diminta netizen nasihatkan “anak saudara” Ramlah Ram nafi ibu saudara Fara Mendoza

Diminta netizen nasihatkan “anak saudara” Ramlah Ram nafi ibu saudara Fara Mendoza

Diminta menasihat pelakon Fara Mendoza, penyanyi terkenal era 80an Ramlah Ram menjelaskan dia bukan ibu saudara seperti yang didakwa laman wikipedia pelakon tersebut.

Ramlah melalui kenyataannya kepada Harian Metro menjelaskan dia pada mulanya tidak mengambil pusing akan hal ini namun lama kelamaan kisah kontroversi Fara membuatkan namanya turut terkait.

“Selama ini, saya ada juga dengar orang kaitkan kami ada hubungan kekeluargaan yang rapat. Namun, saya biarkan saja. Saya fikir tidak perlu ambil peduli. Namun, apabila pelbagai cerita sensasi mengenai Fara Mendoza timbul maka nama saya dikaitkan.

“Banyak mesej langsung (DM) melalui Instagram dihantar orang ramai kepada saya meminta supaya tolong menasihati anak saudara sendiri,” katanya.

Tidak sekadar dirinya, tambah Ramlah keluarganya juga turut menerima nasib yang sama apabila dikatakan mempunyai kaitan dengan pelakon tersebut. Mahu menjelaskan hal ini tanpa timbul salah faham lagi, tambahnya dia juga meminta agar pihak yang bertanggungjawab meletakkan namanya di wikipedia Fara membetulkannya kembali.

“Dia bukan anak saudara saya, jadi macam mana nak nasihatkannya. Justeru, saya minta janganlah terus mengaitkan kami. Bukan saya seorang saja terkena tempias membabitkan perihal Fara Mendoza ini tetapi keluarga di kampung iaitu adik-beradik dan anak saudara turut terpalit sama.

“Paling tak disangka, dalam Wikipedia Fara Mendoza pun dicatatkan nama saya sebagai ibu saudara, sedangkan realitinya itu tidak benar,” katanya.

“Malah, kepada pihak yang membuat Wikipedia Fara Mendoza itu, diminta tolong padamkan nama saya sebagai ibu saudara kerana kami bukan ahli keluarga.

“Saya harap dengan penjelasan ini, nama baik saya dan keluarga dapat dibersihkan kerana kami memang tidak ada kena-mengena dengan Fara Mendoza,” katanya.

Exit mobile version