Viral sejak semalam gambar-gambar yang memaparkan seorang model yang memperagakan baju pengantin.
Difahamkan gambar-gambar tersebut dimuat naik seorang wanita yang juga pemilik butik pengantin.
Apa yang menimbulkan kemarahan netizen adalah gambar-gambar tersebut diambil dikawasan perkuburan.
Menyifatkan sebagai perbuatan biadap dan tidak sensitif, rata-rata netizen juga bertindak membuat laporan kepada pihak Facebook agar akaun Facebook itu dipadamkan.
Bagaimanapun usaha TheNews untuk melihat kembali muat naik itu di akaun asal gagal memandangkan posting berkenaan sudah dipadamkan.
Jadi apa pandangan korang, salah ke tak salah tangkap gambar di kawasan perkuburan.