Ternyata luahan hati pelakon Faizal Hussein mengenai namanya sering ditolak menjadi pilihan penerbit gara-gara kadar bayaran yang dikatakan tinggi mendapat pelbagai reaksi peminat.
Jelas Faizal melalui Mstar antara sebab mengapa wajahnya jarang menghiasi drama atau filem adalah disebabkan nilai bayaran yang kononnya terlalu tinggi.
Namun begitu apa yang mengguris hati pelakon senior ini apabila kadar bayaran yang diterima sama dengan pelakon popular Syafiq Kyle.
Mempersoalkan mengapa penerbit lebih sanggup membayar populariti berbanding pengalaman ternyata mencetuskan perbalahan dalam kalangan pengguna laman sosial.
Ada yang menjelaskan mereka akan memilih Faizal berbanding Syafiq. Bagaimanapun ada juga yang meminta Faizal faham industri lakonan di Malaysia berbeza di Hollywood yang membayar mengikut pengalaman.
Namun antara komen yang ditinggalkal juga memberitahu, apa yang dilalui Faizal ini akan turut dilalui Syafiq suatu hari nanti.
Ermm apa komen pembaca The News pula?