Home Politik Tolak MoU, Bukti PN Suka Berpolitik Bukannya Bantu Rakyat

Tolak MoU, Bukti PN Suka Berpolitik Bukannya Bantu Rakyat

PETALING JAYA: Tindakan Perikatan Nasional (PN) menolak draf Memorandum Persefahaman (MoU) memberi gambaran bahawa pemimpin parti itu lebih berminat bermain politik berbanding kepentingan rakyat.

Aktivis politik, Saiful Izham Ramli berkata penolakan tanpa sebarang perbincangan dengan Kerajaan Perpaduan adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab.

Beliau yang juga peguam telah menganalisis draf setebal 10 muka surat itu menyatakan pelbagai langkah reformasi ditulis termasuk peranan pembangkang sebagai semak dan imbang kepada kerajaan.

“Maka alasan PN bahawa MoU tersebut melanggar Perlembagaan adalah tidak berasas.

“Bahagian mana (dalam MoU) yang kata langgar Perlembagaan dan mandulkan PN?” soalnya dalam hantaran di laman X pada Isnin.

Tambahnya lagi, pendedahan MoU tersebut membuktikan Kerajaan Perpaduan berusaha untuk membina kestabilan politik dan memperkukuhkan demokrasi melalui kerjasama antara kerajaan dan pembangkang.

Saiful turut mempersoalkan alasan yang diberikan oleh PN dalam menolak cadangan ini, yang dianggap sebagai tidak wajar dan cetek.

“Sebaliknya, MoU itu jelas memperuntukkan hak-hak pembangkang, termasuk akses kepada dana pembangunan kawasan, ruang pejabat dan sumber lain yang sama rata​,” katanya.

Selain itu, MoU tersebut turut menekankan komitmen untuk menangani isu-isu kritikal seperti perpaduan sosial, menghindari politik kebencian dan mematuhi undang-undang serta hak asasi manusia​

Menurutnya lagi, tindakan PN memilih untuk tidak terlibat dalam perbincangan tersebut membawa kepada spekulasi bahawa keputusan mereka lebih bersifat politik.

“… untuk mengekalkan status sebagai pembangkang yang lantang tetapi tidak membina,” katanya.

Exit mobile version