Ibadah haji dan umrah, keutamaan tidak boleh dipolitikkan

Ada Apa Dengan Melly..? PROM NITE

Kuala Lumpur: Islam adalah agama yang menyeluruh merangkumi semua aspek kehidupan, termasuk urusan politik, ekonomi, sosial dan spiritual.

Justeru itu, penglibatan umat Islam dalam politik merupakan suatu tuntutan bagi memastikan kepimpinan yang adil, berintegriti dan berpaksikan nilai-nilai Islam dapat ditegakkan.

Penceramah bebas, Ustaz Redzuan Sabar, bagaimanapun berpendapat beberapa perkara penting yang perlu difahami dan dihayati oleh individu Muslim yang terlibat dalam politik mahupun masyarakat umum.

Katanya, walaupun politik adalah wasilah untuk mencapai kebaikan umum, ibadah seperti solat, puasa, zakat, haji dan umrah tetap kewajiban dan keutamaan tidak boleh dikompromi.

“Ibadah adalah tunjang kehidupan. Ia membolehkan hubungan langsung seorang hamba dengan Allah SWT.

“Ibadah juga menjadi asas kekuatan rohani dan akhlak dalam kepimpinan dan pengurusan negara,” ujarnya.

Umat Islam perlu bijak mengimbangi antara tanggungjawab duniawi dengan akhirat.

Tuturnya, umat Islam perlu bijak mengimbangi antara tanggungjawab duniawi dengan akhirat.

“Islam tidak memisahkan antara dunia dan akhirat. Penglibatan dalam politik adalah satu bentuk amal soleh sekiranya dilakukan dengan niat yang benar dan cara yang sah.

“Namun, ia wajar dijadikan alasan untuk mengabaikan atau menangguhkan ibadah kepada Allah.

“Kejayaan sebenar adalah apabila seseorang mampu mengimbangi antara tanggungjawab kepada masyarakat dan tanggungjawab kepada Tuhan,” katanya lanjut.

Kelmarin, Ahli Parlimen Marang, Abdul Hadi mencetuskan kontroversi selepas dilaporkan media memberi bayangan supaya umat Islam di negara ini mengutamakan kemenangan politik, selain perlu menangguhkan hasrat menunaikan umrah dan haji.