KUMPULAN Margasatwa yang terkenal dalam kalangan peminat muzik bawah tanah kini berjaya menempa nama di dalam industri muzik saluran arus perdana sejak melancarkan album tahun lalu.
Berada di bawah naungan syarikat rakaman indie/indiependant tertua di Malaysia iaitu Luncai Emas, ini merupakan pencapaian terbaik yang sinonim dengan syarikat tersebut melahirkan kumpulan dan artis individu unik seperti M.Nasir, Kopratasa, Spider, Pitahati, Iqbal M dan Ramayan.
Melalui lagu terbaru Yang Asli, ternyata kumpulan Margasatwa berjaya menampilkan sisi lain mereka. Selain itu, Margasatwa terkenal sebagai pemuzik yang sering membawa muzik nusantara sesuai dengan halwa telinga pendengar.
Menurut pemain dram Margasatwa, Syahir berkata, “Kami hanya memainkan semua jenis muzik yang kami cinta dengan cara tersendiri. Tidak ada sebarang kumpulan pendengar yang kami sisihkan, baik arus perdana atau indie. Muzik Margasatwa untuk semua rakyat Malaysia”.
Dalam pada itu, Margasatwa pernah menjuarai Levi’s Music Project pada Disember lalu dan memperoleh geran RM20,000 bagi penggambaran video muzik Yang Asli.
Yang Asli merupakan sebuah lagu yang cukup mudah difahami oleh segenap masyarakat iaitu “kita harus mencintai diri sendiri terlebih dahulu, tanpa mempedulikan kata-kata orang lain”.
Setelah menjuarai Levi’s Music Project pada Disember 2020, Margasatwa telah mendapat geran RM20,000 untuk penggambaran video muzik untuk lagu baru mereka, Yang Asli. Lagu Yang Asli membawa mesej yang cukup mudah difahami untuk segenap masyarakat iaitu “Mencintai diri sendiri terlebih dahulu, tanpa mempedulikan kata-kata orang lain.”
“Anda terlalu berharga, kerana sudah pasti anda adalah satu-satunya anda dimuka bumi ini”, jelas Kimal, vokalis Margasatwa.
Muzik video Yang Asli akan menunjukkan betapa skeptikal dan tipikal sesetengah orang dalam menilai seseorang hanya berdasarkan rupa. Namun, setiap orang mempunyai keunikan dan kecantikan yang tersendiri. Kita tidak harus menilai diri berdasarkan pendapat orang semata-mata.