PELAKON terkenal Zara Zya mengejutkan ramai pihak apabila memuat naik sebuah iklan video mempromosi produk untuk orang dewasa.
Video berdurasi 11 saat itu menunjukkan pasangan lelaki dan wanit di atas katil sedang melakukan aksi berpeluk erat tidak mahu berpisah.
Namun, tindakannya membuatkan segelintir pihak kesal kerana dikatakan tidak sensitif dengan pengikut dan peminatnya yang datang dari setiap lapisan umur.
Selain itu, iklan berkenaan juga tidak sesuai ditayangkan kepada umum dan ada yang tidak menyangka Zara Zya sanggup mempromosi produk tersebut.
Walau apa pun, harap Zara Zya dan mana-mana selebriti lebih berhati-hati mempromosi produk selepas ini. Jangan hanya disebabkan terdesak kerana pendapatan terjejas semasa pandemik, itu menjadi alasan untuk kita tidak menjaga sensitiviti pengikut di media sosial.