MEDIA sosial kecoh sejak semalam apabila tular beberapa video pendek yang memaparkan seorang lelaki didakwa mirip penyanyi kontroversi, Aliff Aziz dikatakan sedang melakukan aksi tidak senonoh di dalam tandas.
Bagaimanapun, isteri kepada Aliff, Bella Astillah tampil memberi penjelasan dan mengesah dan menjelaskan bahawa video itu dirakam ketika suaminya masih jahil tentang agama.
Katanya, “Video tu memang sudah lama. Saya tak nak tahu dan tak mahu tengok pun zaman jahil dia sebab mungkin waktu itu hatinya masih buta”.
“Kini dia (Aliff) sedang cuba yang terbaik untuk berubah ke arah kebaikan tapi masih ada yang nak jatuhkan dia. Mungkin ada yang kurang senang dengan kebahagiaan dan perubahan suami saya, Waallahualam…”, jelasnya lagi ketika dihubungi oleh sebuah portal.
Terdahulu, dua video yang menunjukkan dengan jelas wajah Aliff Aziz sedang memperlihatkan kemaluannya dimuat naik semula oleh seorang pengguna di media sosial sehingga mencetuskan kekecohan dalam kalangan warganet.
Walau bagaimanapun, video tersebut kini tidak dijumpai di media sosial atau mungkin sudah dipadam.
Apa pun, kita doakan sahaja untuk perubahan Aliff Aziz kearah menjadi insan yang terbaik.
Jika benar video tersebut disebar oleh seseorang tidak bertanggungjawab, harap Aliff Aziz bersabar dengan segala ujian yang diberikan.