Seorang Cikgu Yang Popular Di Tiktok Dikecam Kerana Buat ‘Content’ Selongkar Beg Sekolah Anak Murid

Seorang guru wanita yang popular di TikTok kerana kerap menyiarkan perkongsian di laman sosial tersebut bersama anak muridnya di sebuah sekolah swasta.

Bagaimanapun, baru-baru ini menerusi laman Twitter, seorang ibu mempersoalkan adakah tindakan yang dilakukan oleh guru berkenaan dibenarkan pihak sekolah, menurut laporan iloveborneo.

Malah, wanita itu turut ‘tag’ akaun rasmi Menteri Pendidikan, Fadhlina Siddiq kerana salah satu video menunjukkan cikgu itu menyelongkar beg sekolah beberapa pelajarnya.

Hantaran itu telah menarik perhatian ramai netizen, serta mereka tampil kongsikan pendapat masing-masing mengenai tindakan cikgu itu membuka beg pelajar tanpa pelajar disisi.

Segelintir pihak bersetuju dengan ibu tersebut dan mendakwa guru terbabit melakukan perbuatan tidak beretika. Bahkan, turut tertanya sama ada ibu bapa anak muridnya mengetahui konten yang dia kongsikan.

Dalam pada itu, terdapat ramai yang menyokong guru wanita itu dan mendakwa bahawa pelajarnya menyayanginya. Beberapa netizen percaya keadaan itu tidak wajar dijadikan isu atau diperbesarkan.

Bukan itu sahaja, ada juga yang menyatakan bahawa disebabkan guru itu cantik, jadi tindakannya seolah-olah ‘dibenarkan’.

Sumber : iloveborneo.my