PENGARAH terkenal Syamsul Yusof meluahkan rasa kesal apabila kisah krisis rumah tangga yang dihadapinya dijadikan ‘bahan pelaris’ dalam sebuah saluran Youtube.
Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Mohd Yusof, 36, meluahkan rasa kurang senangnya itu melalui satu video yang di muat naik di Instagram miliknya.
Pelakon ini turut menunjukkan saluran Youtube Cabik Genorong yang menggunakan tajuk “TAK SANGKA! Rupanya Syamsul Yusof Curang dengan Puteri Sarah.
“Anda semua nak main-mainkan saya kan? Berani tulis tajuk macam ini hanya untuk dapatkan tontonan di Youtube? Saya dah semak saluran ini, kita akan dapatkan dia punya ID. Too much brother.
“Jangan main-main dengan nama saya. Please stop playing around with my fu***ng name bro!
“Nama saluran pun macam apa entah dia tulis dan tajuk boleh bawa fitnah, boleh bawa kepada kepincangan keluarga saya lagi,” kata Syamsul.
Dalam pada itu, penyanyi yang baru sahaja melancarkan lagu Satu Kalimah ini juga berkata dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap saluran Youtube berkenaan.
“Saya tidak akan berdiam diri lagi. Saya aka saman anda, saya jumpa anda di mahkamah. Tak kisahla RM500,000 atau satu juta ringgit, nak kasi ajar sikit.
“Kalau ada artis lain sebelum ini pernah kena dan tak berani saman, ni Syamsul saman kau sekarang. Saya tak main-main.
“Orang tengah ada masalah sekarang ni dan korang pula fikir tentang korang punya views, kau tak fikir orang punya perasaan. See you in court,” tegas Syamsul.
Dia juga berkata akan mendapatkan peguam terbaik untuk memberi pengajaran kepada pemilik saluran Youtube berkenaan.
“Saya akan dapatkan peguam terbaik. Seriously bro, too much! Orang pun ada perasaan. Come on la respect people. Saya hormat anda, anda hormat saya.
“Saling menghormati, jangan buat kami, artis Malaysia ni like sh** man! Malas cakaplah, see you in court,” tambahnya.
Sebelum ini kecoh tentang krisis rumah tangga yang dihadapi Syamsul dan isterinya apabila Puteri sarah dilihat hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah Gombak dipercayai memasuki bahagian undang-undang keluarga.