‘Saya ok’ luah Siti Saleha yang berdepan konflik rumah tangga

SELEBRITI Siti Saleha dakwa dirinya dalam keadaan yang baik sejurus perkhabaran keretakan rumah tangganya tular di media sosial.

Menerusi hantaran di akan Instagramnya, terpapar kapsyen ringkas ‘Im Good’ meskipun baru sahaja berdepan dengan fasa penceraian.

Apa yang pasti, hantaran tersebut mendapat perhatian sebahagian besar pengikutnya berhubung status rumah tangganya.

Perkongsian Siti Saleha di Instagram miliknya.


Pelakon yang popular menerusi beberapa siri drama di Tv3 itu muncul di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor, pagi semalam bagi prosiding sebutan kes penceraiannya.

Turut kelihatan hadir, suaminya Ahmad Lufti Azhar, 35 tahun.

Memahami dengan situasi mencabar itu, Siti Saleha ternyata mendapat sokongan serta kata-kata semangat daripada pengikutnya.

“Stay strong Kak Sally we always love you,” kata salah seorang warga maya.

“Kepada Siti Saleha, saya berdoa agar terus kuat dan tabah menghadapi berdepan dengan ujiannya. Semoga dipermudahkan segala urusan yang baik,” komen salah seorang netizen.

“Semoga bertemu jodoh yang lain,” kata salah seorang warga net.

Saleha mengesahkan memfailkan perceraian terhadap suami, Ahmad Lutfi selepas berdepan keretakan rumah tangga.

Pemenang trofi Asia Model Awards 2020 di Seoul, Korea itu mendirikan rumah tangga pada 28 Julai 2017 dan tidak dikurniakan cahaya mata.