Boy Iman Didakwa Scam Vendor Hooray x Fest Raya Di WTC

NAMA Boy Iman tidak asing lagi dalam sindiket penipuan. Terdahulu, Boy Iman dikaitkan dengan penipuan perumahan yang merugikan ramai pemohon. Tidak serik dengan skim tersebut, namanya terpalit lagi dalam satu penganjuran besar di World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur.

Memetik laporan The Reporter, Program jualan raya yang diberi nama Hooray x Fest Raya itu yang bakal berlangsung pada 19 April sehingga 21 Aril 2023 telah dibatalkan pada saat akhir. Menerusi satu kenyataan yang dibuat oleh Pengurus Hal Ehwal Awam WTCKL, Hadi Wahab pihaknya memohon maaf di atas segala kesulitan dan menyatakan pihaknya tidak bertanggungjawab di atas sebarang bentuk kerugian.

“Pihak WTCKL tidak bertanggungjawab ke atas sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung. Hal ini kerana WTCKL hanya merupakan venue provider sahaja dan tidak terlibat dalam pengurusan yang dikendalikan oleh TENVIEW (M) SDN BHD,” katanya.

Susulan dengan pengumuman itu, timbul sedikit kekecohan dan peniaga mula menuntut hak mereka kepada penganjur.

Apabila situasi menjadi semakin tegang, penganjur mula mengumumkan Boy Iman merupakan individu yang terlibat di sebalik penganjuran ini. Sebaik saja mendengar nama itu, para peniaga bertambah berang. Penganjur juga menyalahkan peniaga kerana tidak bertanyakan dahulu mengenai perkara itu.

Siang tadi pula dikhabarkan pihak penganjur akan memulangkan kembali wang kepada peniaga yang terlibat. Melalui satu siaran langsung yang dikongsikan oleh seorang peniaga, kelihatan Yusoff Azmi bersama para peniaga telah berunding dengan pihak penganjur dan wakil Boy Iman. Wakil Boy Iman dan Yusoff Azmi sendiri dikatakan telah beberapa kali cuba menghubungi Boy Iman, namun panggilan tidak dijawab. 

Difahamkan, para peniaga hanya mengetahui pembatalan program tersebut melalui WhatsApp group.

Sumber & Gambar : The Reporter