PENGACARA dan pelakon kontroversi, Azwan Ali meluahkan rasa tidak senang apabila seorang wanita didakwa memotong barisan ketika sedang beratur untuk memasuki sebuah premis.
Mohamed Azwan bin Ali atau lebih mesra disapa Diva AA, 55, menyatakan bahawa tindakan individu berkenaan disifatkan sebagai tidak beretika.
Melalui sebuah video Diva AA berkata, “kau tengok ni betina pukimak bertudung labuh ni tiba-tiba saja ada depan Diva AA. Tadi ada orang lain yang beratur tapi orang tu tak tahu hilang kemana lepas itu orang ni ganti”.
“Sangat tidak beretika, orang lain beratur setengah mampos. Kau senang-senang nak masuk celah orang”, katanya lagi.
Dalam pada itu, ramai warganet yang bersetuju dan meluahkan rasa kurang senang terhadap tingkah laku terbabit dan berharap supaya itu dapat dijadikan pengajaran kepada orang ramai pada masa akan datang.