BERADA di dalam penjara selama beberapa hari sudah pasti bukan satu pengalaman menarik yang dihadapi sesetengah individu.
Perkara itu juga jelas merupakan satu pengalaman yang bukan menyeronokkan, seperti apa yang berlaku terhadap anak selebriti Bollywood, Shah Rukh Khan.
Keadaan Aryan Khan, 23 tahun kini dikatakan dalam keadaan trauma setelah menjadi penghuni di penjara selama 25 hari.
Beliau yang selama ini terkenal gemar menghadiri majlis sosial, berpesta dengan rakan-rakan kini didakwa berubah menjadi seorang yang pendiam.
Malah, keadaan beliau kini lebih ke arah menyendiri dan bahkan bapanya serta keluarga turut memberi ruang untuk beliau Kembali normal seperti sedia kala.
Selepas diberi jaminan pada 30 Oktober lalu, Aryan Khan tidak mempunyai keinginan untuk bertemu rakan-rakannya.
Memikirkan soal keselamatan anaknya, Shah Rukh Khan turut bercadang untuk mengupah pengawal peribadi untuk melindungi anaknya.
Pada awal bulan lalu, Aryan Khan ditahan bersama tujuh yang lain termasuk dua wanita oleh Biro Kawalan Narkotik (NCB) India di sebuah kapal persiaran di pantai Mumbai.