Internet keperluan asas dalam pembelajaran moden

Ada Apa Dengan Melly..? PROM NITE

Kuala Lumpur: Penggunaan internet yang bijak dapat membina kemahiran seperti celik digital, pemikiran kritis dan penyelesaian masalah.

Selain melahirkan generasi yang mampu mengharungi cabaran Revolusi Perindustrian 4.0 (IR4.0), akses internet baik juga membawa perubahan kepada masyarakat terutama dalam pendidikan.

Pelajar Maktab Rendah Sains MARA, PDRM, Kulim, Kedah, Nur Aliesya Damia Mohd Nezary, 16, akses internet memainkan peranan penting dalam memperkasa proses pembelajaran abad ke 21.

Katanya, akses internet yang baik bukan satu kemewahan untuk pelajar maktab sebaliknya menjadi keperluan untuk memudahkan proses pembelajaran. 

“Peningkatan akses jaringan Internet di semua institusi pendidikan akan memudahkan urusan pembelajaran dan meningkatkan kebolehan pelajar.

“Kemudahan Internet yang pantas membolehkan bahan rujukan diakses dengan cepat dan mudah di kediaman maktab.

“Internet pantas beri kelebihan kepada pelajar dan menjimatkan masa kerana kami tidak perlu bergerak ke tempat lain yang aksesnya lebih baik,” katanya

Internet memainkan peranan penting dalam memperkasa proses pembelajaran abad ke 21

 

Jelasnya, teknologi dan akses yang baik juga membawa perubahan kepada pelajar dengan gaya hidup lebih pintar dan efisien. 

“Sistem pembelajaran dalam talian yang lebih mudah dan komunikasi yang lebih baik untuk memudahkan pembelajaran.

Namun, pelajar itu juga berpendapat akses internet di maktab perlu dihadkan bagi memastikan pelajar tidak leka dengan media sosial dan permainan video.

“Di sini, kemudahan internet disediakan di setiap jabatan guru, pusat sumber, asrama dan juga kawasan maktab.

“Hal ini dapat memudahkan para guru untuk melakukan tugas yang diamanahkan,” jelasnya.  pada pendapat saya,

Terdahulu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menjalin kerjasama strategik dengan Majlis Amanah Rakyat (Mara) bagi meningkatkan kualiti capaian Internet di semua institusi pendidikan Mara di seluruh negara.

Inisiatif ini melibatkan pelbagai institusi pendidikan Mara termasuk Maktab Rendah Sains Mara, Kolej Profesional Mara, GIATMARA, Universiti Kuala Lumpur dan German-Malaysian Institute.

SKMM dalam kenyataan berkata, kerjasama tersebut turut merangkumi pelaksanaan Kempen Internet Selamat yang mengandungi modul baharu sesuai untuk warga kerja dan pelajar institusi pengajian tinggi.

Kerjasama itu dimeterai menerusi pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) dalam satu majlis berlangsung di Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) pada Khamis.