Kenyataan Presiden PAS, Abd Hadi Awang semasaberkempen di PRK DUN Ayer Kuning bahawa ibadah hajidan umrah boleh ditangguhkan demi kemenangan politikIslam adalah diluar konteks dan menimbulkan kekeliruan.
Pengarah Jabatan Pemahaman dan Pemantapan Agama Keadilanm, Amidi Abdul Manan, berkata beliaumenggunakan hujah bahawa Rasulullah S.A.W sendirimenangguhkan ibadah umrah dan pulang ke Madinah kerana terhalang dengan persetujuan dalam Perjanjian Hudaibiyah.
Beliau berkata, pada beliau jemaah haji Malaysia yang menjadi pengundi di PRK DUN Ayer Kuning wajarmenangguhkan pemergian mereka ke tanah suci kerana undian dalam PRK lebih utama dari melaksanakan ibadah haji.
“Benarkah pemikiran yang sedemikian? Pertembungan dalampilihanraya disamakan dengan perang Rasulullah S.A.Wmenentang kafir Quraisy? Atau Haji Hadi sekali lagimengkafirkan calon UMNO yang bertanding?.
“UMNO dan PH sendiri tidak pernah memusuhi Islam malahkedua-duanya mempertahankan Perlembagaan Persekutuan. BN dan PH melafazkan sumpah yang sama sama dengansumpah yang dilafazkan Haji Hadi. Sudah tentu ia lebih terukdari merapu,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, pada bulan Zulkaedah tahun ke 6H, Rasulullah S.A.W bersama para sahabat telah bertolak ke Mekah untukmenunaikan umrah atau ziarah Baitullah. Setelah bergerakbeberapa kilometer atau lebih tepatnya di Bir Ali, Bagindadan sahabat mengenakan ihram.
“Haji Hadi terlupa bahawa bulan Zulkaedah merupakan bulanharam berperang dalam budaya masyarakat di Jazirah Arab ketika itu. Atas pertimbangan tersebut, Rasulullah s.a.wmemberikan mesej yang jelas kepada para pengintip QuraisyMekah, bahawa tujuan Baginda ke Mekah bukan hendakberperang tetapi menunaikan ibadah umrah/ ziarah Baitullah.
“Mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w mendahulukankemenangan politik berbanding melaksanakan umrah/haji adalah dakwaan yang mengelirukan,” katanya.
Baginya, jelas jauh sungguh perbezaan perjuangan antarapresiden PAS dan Rasulullah S.A.W kerana Rasulullah S.A.Wtidak mengizinkan sebarang ruang untuk perjuangan murniIslam difitnah dan diburukkan.
“Maka marilah kita menjadi pentaksub Allah dan pentaksubRasulullah, jangan kita menjadi pentaksub Haji Hadi,”