“Walaupun Rasa Down, Sunyi dan Hancur Tapi Ada Anak-Anak Ni” – Bella Astillah

Pelakon Bella Astillah mengakui dirinya tidaklah sekuat seperti yang dilihat peminat dan orang di luar sana.

Menerusi video di Tiktok @hijabistahub.official, Bella bersyukur kerana mempunyai anak-anak Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreana, 4, yang menjadi sumber kekuatan kepadanya.

“Bella bersyukur ada Aydan dan Ara sebab mereka beri saya kehidupan

“Kalau Bella rasa down tak kisahlah sebab masalah mahupun kerja ke, kalau balik tengok muka mereka Bella akan gembira,” ujarnya dalam keadaan sebak.

Bella dilihat mengalirkan air mata ketika meluahkan perasaannya.

“Walaupun Bella rasa down atau pun rasa sunyi, rasa sakit hati, rasa kecewa, rasa hancur tapi ada anak-anak ni. Inilah anugerah yang Allah bagi, sebab rupanya mereka lah peneman hidup Bella,” luahnya.

 

@hijabistahub.officialPresent to you, Ambassador of HijabistaHub 2024 :

♬ original sound – HijabistaHub Official

Menerusi temubual itu juga Bella memberitahu ibunya adalah sumber inspirasi dalam hidupnya.

“Mak inspirasi Bella. Orangnya rajin sangat-sangat sejak Bella kecil. Mak jaga Bella dan ikut ke mana sahaja Bella pergi.

“Kawan-kawan sekolah pun tahu. Bella tak pernah nampak dia mengeluh sehingga ke hari ini. Cuma dalam hal rumah tangga itu takdir masing-masing.

“Bella kalau boleh nak macam mama dan ayah. Mereka dah 32 tahun kahwin.

“Mungkin rezeki Bella bukan dekat situ. Bella percaya pada takdir hanya fokus untuk menjalani kehidupan selepas ini,” jelas Bella lagi.

Sumber : Tiktok