PELAKON dan pengacara Uyaina Arshad akhirnya mengakui teman lelakinya, Raja Syahiran telah menghantar rombongan merisik pada November tahun lalu.
Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad bagaimanapun menjelaskan dia tiada niat untuk merahsiakan acara merisik itu namun keputusan itu dibuat atas permintaan keluarga.
“Acara merisik berlangsung secara ringkas, saya tidak sempat melakukan persiapan untuk majlis yang dianggap bermakna itu.
“Alhamdulillah… Majlis berjalan lancar, tetapi ia lebih kepada perkenalan antara keluarga saya dan Raja Syahiran,” katanya.
Uyaina dan Raja Syahiran hanya berkenalan 10 bulan dan kedua-dua akhirnya serius untuk ke fasa seterusnya.
Bagaimanapun tarikh penting seperti majlis pernikahan serta majlis resepsi akan diumumkan namun buat masa ini akan dirahsiakan dahulu.