PENYANYI dari kumpulan terkenal BTS, Jimin mengejutkan dunia dengan ukuran pinggangnya yang sangat ramping. Bahkan, ia juga lebih kecil dari rata-rata ukuran pinggang wanita normal.
Baru-baru ini, seorang peminat BTS iaitu ARMY telah menghadiri satu pameran di mana pakaian tradisional Korea Selatan atau lebih dikenali sebagai ‘hanbok’ yang direka khas oleh Kim Ri Eul untuk Jimin.
Dalam pameran hanbok tersebut, mereka mendedahkan bahawa ukuran pinggang vokalis BTS itu adalah 27 inci atau 69 sentimeter sahaja.
Menurut standard kesihatan, tubuh ideal wanita biasanya akan mempunyai ukur lilit pinggang kurang dari 80 sentimeter (31 inci), manakala ukur lilit pinggang bagi lelaki pula adalah 90 sentimeter (35 inci).
Sehubungan itu, para ARMY juga sedia maklum bahawa pereka fesyen tersebut juga akan menyesuaikan ukuran pinggang patung pameran dengan ukuran pinggang Jimin.
Selain itu, mereka juga tahu dengan tinggi 174 sentimeter dan berat 58 kilogram, proporsi badan Jimin masih dikira normal tetapi setelah ukuran pinggangnya terungkap ramai yang terkejut.
Walau bagaimanapun, ramai yang berpendapat kerja keras Jimin sejak awal kerjayanya dalam industri muzik ini membuahkan hasil kerana dia memang dikenali sebagai salah seorang anggota yang sangat mengawal ketat dalam menjaga kesihatan fizikal dan juga penampilannya.