MAHLIGAI rumah tangga yang dibina bekas jurulatih bola sepak terkenal, Datuk Zainal Abidin Hassan bersama penyanyi Fyna Jebat awal tahun ini dilaporkan sudah musnah.
Perkembangan itu disahkan sendiri saudara terdekat Zainal yang memberitahu kedua-dua pasangan itu sudah bercerai sejak dua minggu yang lalu.
Menurutnya, punca penceraian pasangan itu adalah disebabkan tiada persefahaman antara Fyna dan isteri pertama Zainal Abidin, Datin Zalina Zaini.
“Apa yang dikongsikan anak Zainal itu boleh saya cakap betul. Mereka memang sudah bercerai dua minggu lalu.
“Punca cerai adalah disebabkan kedua-dua isteri Zainal itu mereka tidak ada persefahaman. Jadi mereka ambil keputusan untuk bercerai,” katanya ketika dihubungi Arena Metro.
Sebelum ini hangat diperkatakan berkenaan penceraian Fyna apabila anak perempuan Zainal iaitu Zahira Aisyah dalam satu komen media sosial mendedahkan yang bapanya sudah menceraikan penyanyi itu.
Zahira mempertikaikan satu posting mengatakan Fyna Jebat serta isteri pertama Zainal Abidin, Zalina Zaini sudah berdamai kerana kelihatan mereka duduk semeja.
“Kenapa perlu post balik cerita 4 bulan yang lepas? Also, my mom did not (malah ibu saya tidak) ‘berdamai’ with anyone and this story is not true (dengan sesiapa dan cerita ini tidak betul).
“And for your information my dad has divorced fyna jebat (untuk makluman anda bapa saya sudah ceraikan Fyna Jebat. Mohon delete post ni, thank you (tolong padam ciapan ini, terima kasih),” tulisnya.
Zahira Aisyah menerusi Facebook miliknya juga memuat naik hantaran seakan memberikan bayangan perkara sebenar yang berlaku.
Ia seakan-akan menggambarkan yang bapanya sudah membuat ‘keputusan yang tepat’ dan dia sekeluarga bersyukur dengan ujian ini.
Malah dia menaruh harapan agar rumah tangga ibu bapanya semakin erat dan bertambah dengan kasih sayang serta ujian yang datang.
Sumber gambar – Kosmo Digital | Sumber laporan – Harian Metro