Tindakan pelakon Indonesia, Tamara Tyasmara membenarkan pihak berkuasa untuk menggali semula kubur anaknya yang maut akibat lemas di sebuah kolam renang menemui japawan positif.
Anak kepada Tamara, Andante Pramuditya atau lebih mesra dipanggil Dante dilaporkan maut pada 27 Januari 2024 yang lalu.
Curiga dengan kematian anaknya yang pandai berenang, Tamara membuat keputusan untuk melakukan bedah siasat terhadap mayat anaknya. Pihak berkuasa juga berusaha mencari bukti seiring dengan proses penggalian kubur anaknya.
Hasil penemuan rakaman CCTV menunjukkan sesuatu yang mengejutkan apabila anaknya telah mati dibunuh oleh teman lelakinya sendiri ketika di kolam renang awam tersebut.
Yudha Arfandi atau YA sedang menemani Dante ketika kejadian.
YA mendekati Dante dan menenggelamkan kepala kanak-kanak tersebut sebanyak 12 kali hingga mangsa tidak bernyawa.
Kemudian, YA dilihat berpura-pura cuba menyelamatkan Dante menerusi rakaman CCTV itu.
Tamara menyerahkan segala proses siasatan kepada pihak polis.
@justicefordantekhalif pemakaman Dante anak angger Dimas dan Tamara tyasmara , Dante anak angger Dimas dan tamara tyasmara meninggal dunia cr: chacharaissa #anggerdimas #tamaratyasmara ♬ Jiwa Yang Bersedih – Ghea Indrawari