KEMERIAHAN sambutan bulan Ramadan pastinya diraikan dengan meriah oleh umat Islam di seluruh dunia. Kemeriahan itu juga turut dikongsi oleh usahawan selebriti, Datuk Seri Vida menerusi hantaran di Instagram miliknya pada Rabu.
Menurut laporan Xtra, perkongsian Vida itu menerima pelbagai respons dalam kalangan warganet yang mempersoalkan tindakannya memakai telekung terlalu panjang seperti sebuah ‘kanopi’.
Malah, ada juga netizen yang berani menegur tindakan usahawan itu dan mendakwa Vida berbuat demikian semata-mata demi ‘content’.
Terdahulu, Vida pernah dikritik hebat apabila tampil dengan persalinan persis telekung ketika menghadiri sebuah acara Karpet Merah di sebuah majlis anugerah sekitar awal Mac tahun ini.
Biarpun ada yang melihat gaya itu sebagai unik dan lucu, ramai juga yang beranggapan keberanian usahawan tersebut tidak bertempat.
Antara teguran yang diterima, Vida dikatakan tidak menghormati orang ramai dengan menggunakan telekung solat sebagai modal meraih perhatian.
Sumber gambar & video – Instagram DSV | Sumber laporan – Xtra